Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 28/12/2018

197

Suasana dalam pasaran kembali dilihat berisiko apabila ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China kembali meningkat dan menjadi tumpuan pasaran. Pentadbiran Trump dilaporkan sedang mempertimbangkan arahan untuk menyekat syarikat-syarikat di Amerika Syarikat daripada menggunakan produk Huawei Technologies dan ZTE. Matawang USD kembali didagangkan berisiko ekoran turut dipengaruhi oleh faktor data domestik yang lemah daripada jangkaan pasaran. Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam, harga yang membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot kemudiannya menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum kembali pantul semula ke paras Magic Pivot. Seterusnya, harga kembali melonjak sehingga mencapai paras ketinggian harian sekitar resistance MagicR2 sebelum menutup dagangan sesi New York sedikit rendah dari paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia dagangan Jumaat, harga menunjukkan kenaikan diteruskan mengatasi paras ketinggian yang dicapai semalam dan menuju ke paras resistance 1.1472 (MagicR1). Jika harga terus membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, jangkaan kenaikan seterusnya akan menuju pula ke paras resistance pada 1.1516 (MagicR2) untuk harga mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada dagangan minggu lalu. Lonjakan lebih tinggi harga dari paras itu akan mencatatkan paras ketinggian yang baru pada chart EUR/USD berkemungkinan mencapai paras sekitar 1.1577 (MagicR3).

Namun jika USD kembali mengukuh pada dagangan hari ini, harga berkemungkinan akan ditekan semula ke paras lebih rendah dan turun melepasi paras Magic Pivot 1.1411 hari ini. Kemudian, jangkaan penurunan harga yang diteruskan akan menuju ke paras support terdekat yang berada di 1.1367 (MagicS1) sebelum meneruskan lagi penurunan lebih rendah harga ke paras tumpuan sekitar support 1.1306 (MagicS2). Seterusnya, pasaran akan menunggu reaksi harga pada penurunan seterusnya untuk menguji paras 1.1262 yang berada di zon support semasa pada chart EUR/USD jika harga berjaya kekalkan momentum penurunannya.

Kawal dagangan anda untuk hari-hari terakhir dagangan tahun 2018 ini dengan kecairan yang rendah dalam pasaran bakal menyebabkan pergerakan harga sukar dijangka. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk melihat paras-paras tumpuan harga pada chart EUR/USD anda bagi memudahkan analisis teknikal harian.

 

Paras support: 1.1367, 1.1306, 1.1262.

Paras resistance: 1.1472, 1.1516, 1.1577.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat