Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 3/1/2019

294

Pergerakan harga dalam pasaran pada dagangan semalam agak mengejutkan di mana perbezaan jarak pergerakan yang besar berlaku pada pasangan matawang-matawang utama terutamanya EUR/USD. Data perkilangan di zon Eropah secara keseluruhannya ditafsirkan sebagai bacaan yang lemah telah menyumbang kepada penurunan harga pada chart EUR/USD. Harga pada mulanya menunjukkan kenaikan pada sesi pasaran Asia sehingga ke paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam, namun harga kemudian dilihat telah menjunam 170 pips sehingga melepasi ketiga-tiga paras support dan juga paras tumpuan harga di 1.13700. Paras terendah harga pada terjunan semalam mencecah sehingga ke paras sekitar 1.3250.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih meneruskan penurunan sehingga ke paras tumpuan sekitar 1.13100 pada awal pembukaan sesi. Namun harga kembali menunjukkan kenaikan semula menuju ke paras Magic Pivot 1.1387 hari ini pada penghujung sesi dagangan Asia. Jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi, dengan momentum pergerakan yang kuat pada dagangan semalam membolehkan harga menyambung penurunan sehingga ke paras support 1.1278 (MagicS1). Penurunan harga yang diteruskan lagi bakal menyaksikan harga menguji paras support pada 1.1214 (MagicS2) iaitu paras yang gagal ditembusi harga ketika dagangan November tahun lalu. Dan sekiranya harga berjaya breakout zon support tersebut, harga bakal mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada chart EUR/USD sehingga ke paras sekitar 1.1105 (MagicS3).

Namun, jika kenaikan harga terus melepasi paras Magic Pivot hari ini, berkemungkinan harga akan membuat kenaikan lebih tinggi hingga ke paras resistance 1.1451 (MagicR1). Seterusnya, jika USD terus didagangkan lemah, EURO bakal mengambil kesempatan untuk melonjakkan harga sehingga ke paras sekitar 1.1560 (MagicR2) untuk harga mencatatkan paras ketinggian yang baru. Dan, harga yang meneruskan kenaikan lebih tinggi bakal menjadikan paras tumpuan pada 1.1624 (MagicR3) sebagai destinasi kenaikan harga yang seterusnya.

Terus ikuti perkembangan ekonomi pada zon Eropah serta sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi perubahan nilai matawang USD. Beri perhatian terhadap laporan data ADP NFP pada malam ini yang akan memberi petunjuk terhadap laporan data pekerjaan NFP Ameriksa Syarikat pada malam esok. Lihat paras tumpuan harga pada chart EUR/USD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line untuk mencari peluang posisi dagangan harian yang terbaik.

 

Paras support: 1.1278, 1.1214, 1.1105.

Paras resistance: 1.1451, 1.1560, 1.1624.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat