Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 24/9/2018

855

GBP/JPY adalah salah satu pasangan matawang pada minggu lalu yang membuat perbezaan pergerakan harga yang besar (volatile). Pada sesi dagangan Eropah Jumaat lalu, harga berjaya membuat Higher High yang baru di sekitar paras 149.700 sebelum harga telah menjunam semula ke paras 147.000 melepasi paras Magic Pivot dan support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line. Komen negatif dari PM Theresa May berkenaan isu Brexit kembali meningkatkan kebimbangan dalam pasaran dan membuatkan nilai GBP turut merosot. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan rendah dari paras Magic Pivot 147.955 dan bergerak agak mendatar di sekitar paras support 147.000 sebelumnya. Harga dilihat sedikit membuat kenaikan pada awal sesi dagangan Eropah menuju ke paras Magic Pivot di mana harga semasa telah berada pada paras 147.670 setakat jam 4.16 petang.

Jika harga berjaya membuat kenaikan sehingga melepasi paras Magic Pivot 147.955 hari ini, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 148.928 (MagicR1). Dan jika harga masih meneruskan kenaikan, harga dijangka mencapai paras ketinggian yang baru berkemungkinan di paras 150.679 (MagicR2) atau ke paras yang lebih tinggi iaitu pada resistance 151.652 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga gagal menguji paras Magic Pivot, pasaran akan melihat harga kembali menguji paras support 147.000 dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, penurunan harga berkemungkinan ke paras support 146.204 (MagicS1). Seterusnya paras support terdekat berada pada paras 145.231 (MagicS2) jika harga masih membuat penurunan. Kedua-dua paras ini dilihat berada pada satu zon RBS (resistance become support) yang bakal menjadi paras tumpuan harga. Jika harga terus mengalami kejatuhan, harga boleh mencecah sehingga ke paras serendah 143.480 iaitu support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line.

Ikuti perkembangan isu Brexit bagi memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY dan gunakan indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda menentukan paras-paras penting yang menjadi tumpuan harga.

 

Paras support: 146.204, 145.231, 143.480.

Paras resistance: 148.928, 150.679, 151.652.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat