Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 22/10/2018

188

Matawang CAD sebelum ini mengukuh dengan laporan berkenaan Bank Of Canada (BOC) yang akan menaikkan kadar faedah kemudiannya sedikit terjejas setelah data domestik menunjukkan kadar inflasi dan jualan runcit yang perlahan akan menjangkakan BOC berkemungkinan tidak akan mempercepatkan kadar kenaikan kadar faedah di negara mereka. Jika dilihat pada chart USD/CAD juga, CAD turut didagangkan lemah berbanding USD pada minggu lalu di mana harga telah mencapai paras ketinggian baru pada dagangan Jumaat. Kenaikan harga dilihat dari paras Magic Pivot sehingga hampir menyentuh paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line pada Jumaat lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak perlahan namun cuba untuk membuat penurunan di mana harga masih dilihat menguji paras Magic Pivot 1.3088 hari ini. Jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah, jangkaan harga akan terus menuju ke paras support pada 1.3043 (MagicS1) iaitu paras rendah pada Jumaat lalu. Seterusnya penurunan harga yang masih diteruskan bakal menuju ke paras support 1.2983 (MagicS2) untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut. Kemudiannya, pasaran akan melihat respon harga pada support 1.2939 (MagicS3) sama ada berjayakah harga menembusi zon RBS tersebut untuk ke paras yang lebih rendah atau sebaliknya.

Namun, jika harga meneruskan siri kenaikan yang dibuat sejak minggu lalu, harga bakal melonjak dari paras Magic Pivot 1.3088 menuju ke paras resistance 1.3148 (MagicR1) sebelum kenaikan harga seterusnya bakal menguji paras resistance 1.3192 (MagicR2) iaitu paras ketinggian harga yang dicapai pada September lalu. Dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga dijangka akan menuju pula ke paras resistance 1.3252 (MagicR3) di mana paras ketinggian ini terakhir kali dicapai harga adalah pada Julai lalu.

Periksa berita-berita pada minggu ini yang bakal mempengaruhi nilai matawang Loonie dan memberi kesan terhadap pergerakan harga pada chart USD/CAD ini. Teliti juga paras-paras tumpuan harga pada chart USD/CAD dengan berpandukan kepada paras harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line bagi memudahkan analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.3043, 1.2983, 1.2939.

Paras resistance: 1.3148, 1.3192, 1.3252.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat