Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 1/2/2019

354

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY untuk sesi dagangan semalam menunjukkan USD diberi tekanan oleh Yen sejak sesi Asia lagi apabila harga terus membuat penurunan sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line dan mencatatkan paras terendah dagangan harian sekitar 108.500. Namun, USD yang berjaya mengukuh pada sesi pasaran New York kembali membuat kenaikan semula pada dagangan USD/JPY sekitar 40 pips kenaikan.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga didagangkan agak mendatar di atas paras Magic Pivot 108.794 hari ini sehingga bersambung pada pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga menunjukkan kenaikan ke paras lebih tinggi, paras awal yang dilihat akan dituju adalah pada resistance 109.104 (MagicR1) yang berada pada zon RBS (resistance become support). Harga kemudian berkemungkinan meneruskan kenaikan ke paras resistance lebih tinggi yang dilihat berada di 109.365 (MagicR2). Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan harga bakal menguji pula paras ketinggian yang dicapai pada dagangan Rabu lalu sekitar paras 109.675 (MagicR3) sebelum harga membuat terjunan ketika keputusan FOMC dikeluarkan.

Sebaliknya, jika harga bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, kecenderungan harga adalah lebih kepada membuat penurunan dan paras awal yang bakal menjadi destinasi tumpuan adalah pada support 108.533 (MagicS1) untuk harga menguji paras terendah dagangan harian semalam. Seterusnya, harga yang berjaya breakout paras support tersebut dijangka akan menuju ke paras sekitar 108.223 (MagicS2) dan seterusnya paras support yang lebih rendah iaitu pada 108.223 (MagicS2) perlu diberi perhatian sebagai paras tumpuan harga pada penurunan seterusnya.

Terus pantau sentimen pasaran semasa yang menggerakkan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini, rujuk indicator Moshed Magic Line yang menyediakan paras-paras yang berpengaruh untuk panduan dagangan anda khususnya pada chart USD/JPY.

 

Paras support: 108.533, 108223, 107.962.

Paras resistance: 109.104, 109.365, 109.675.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat