Anda Suka Naik Roller Coaster? Trade Lah Matawang Ini!

1,107

Pasaran di sesi Eropah dikejutkan dengan berita kurang menyenangkan dari kota London, sehingga menyaksikan kejatuhan drastik dagangan pound sterling berbanding kebanyakan matawang utama.

Terbaru, Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier dilaporkan telah memberitahu utusan EU bahawa rundingan terus tersekat dalam tiga isu utama, iaitu perikanan, persaingan secara adil dan cara untuk menyelesaikan pertikaian pada masa hadapan.

Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa kesepakatan masih tergantung dan kemungkinan untuk no-deal Brexit tetap ada.

Hal ini sekali gus telah mendorong matawang pound menjunam ke bawah paras harga $1.34000 berbanding US dolar dan jatuh lebih 0.4% berbanding euro ketika sesi Eropah bermula.

Terdahulu, matawang itu telah meningkat selepas Agensi Pengawalseliaan Produk Perubatan dan Kesihatan (MHRA) memberi kelulusan terhadap vaksin Pfizer-BioNTech dan bakal tersedia untuk vaksinasi secepatnya minggu depan.

Bagaimanapun, khabar mengecewakan dari Michel Barnier menyebabkan dagangan pound sterling kembali jatuh dan didagangkan di sekitar paras harga 1.3350 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat