Angkara Berita Ini, Pasaran Berubah Sekelip Mata!

1,581

Presiden terpilih Joe Biden dijangka akan melancarkan pelan pakej rangsangan ekonomi Covid-19 bernilai $2 trilion pada hari ini, menurut penasihatnya yang dilaporkan telah memberitahu para pegawai lain dalam Kongres.

Pelan tersebut akan merangkumi bayaran langsung yang besar kepada keluar Amerika, pembiayaan kepada negeri dan tempatan yang termasuk untuk pengagihan vaksin coronavirus serta langkah perbelanjaan kecemasan lain bagi membantu mereka yang terkesan.

Biden dilaporkan akan mengumumkan butiran mengenai rancangannya di Wilmington, Delaware pada petang Khamis (waktu Amerika Syarikat).

Brian Deese, yang baru dilantik oleh Biden untuk menerajui Majlis Ekonomi Negara, memberi tahu bahawa pakej itu akan merangkumi cek rangsangan bernilai $2,000 dan bantuan lain seperti faedah pengangguran.

Demokrat yang hanya memegang majoriti tipis di Dewan Perwakilan dan Senat, mungkin berdepan cabaran daripada Republikan yang baru-baru ini menentang usaha untuk melepaskan pakej rangsangan berbilion dolar.

Namun begitu, Demokrat percaya bahawa mereka akan dapat meluluskannya tanpa halangan yang besar.

Indeks dolar, yang pada mulanya didagangkan susut pada awal sesi Asia, kembali meningkat lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama susulan lonjakan dalam hasil perbendaharaan AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat