Angkara China, Pasaran Kini Berisiko!

1,244

Sentimen kembali berisiko selepas perancang ekonomi negara China dilaporkan akan membatalkan semua aktiviti di bawah Dialog Ekonomi Strategik China-Australia.

Hal ini telah memberi tamparan hebat buat dagangan dolar Aussie pada sesi Asia sehingga mendorong matawang itu lebih rendah ke sekitar harga 0.77010 berbanding US dolar.

Dalam ketegangan terbaru antara dua rakan dagang itu, Beijing mengambil tindakan drastik untuk membalas tekanan Australia mengenai pelanggaran hak asasi manusia di China yang turut mendapat perhatian negara lain.

Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Nasional dalam sebuah pernyataan yang menjelaskan keputusan itu memberitahu bahawa, keputusan itu dibuat susulan tindakan Australia yang membatalkan perjanjian Belt and Road yang ditandatangani kerajaan Victoria dan China.

Victoria, negeri kedua terbesar dan terkaya di Australia, menandatangani memorandum persefahaman mengenai Belt and Road Initiative (BRI) dengan kerajaan China pada Oktober 2018, menjadikannya sebagai satu-satunya kerajaan di Australia yang mendaftar untuk inisiatif infrastruktur global khas Presiden Xi Jinping.

Hubungan perdagangan antara China dan Australia bertambah buruk sejak beberapa bulan terakhir dengan Beijing menyekat barangan import daripada Canberra.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat