Angkara Pasaran Kripto, Syarikat MetaMask Buang 97 Pekerja!

129

“Harapnya yang kena pecat tu dapat la pekerjaan lain, jangan menganggur sudah.”

ConsenSys, syarikat pembangunan Ethereum (ETH) yang berjaya mencipta wallet MetaMask bertindak memberhentikan 97 pekerjanya mewakili 11% daripada jumlah sumber manusia, lapor pengasasnya Joseph Lubin pada hari Rabu semalam.

Namun, pemberhentian tersebut tidak menyasarkan kakitangan yang bekerja untuk produk syarikat mereka, sebaliknya kakitangan yang semakin kekurangan tugasan berikutan kelemahan pasaran kripto sejak kebelakangan ini.

Pun begitu, pekerja yang diberhentikan akan diberi pampasan sewajarnya berdasarkan tempoh perkhidmatan masing-masing di samping membekalkan bantuan daripada agensi penempatan luar dan perlindungan penjagaan kesihatan.

Lubin turut berkata bahawa pasaran kripto semakin musnah berikutan kewangan centralized (CeFi) ditambah pula dengan syarikat yang tawarkan perkhidmatan mata wang kripto masih tidak mempunyai pengetahuan cukup tentang decentralized.

Diperjelaskannya lagi, syarikat seperti Voyager dan Celsius menghadapi situasi bankrap susulan kesalahan mereka yang ingin menjana keuntungan lumayan melalui cara penipuan tetapi akhirnya memakan diri sendiri.

Sehingga kini, ConsenSys yang memiliki beribu pejabat di New York City dengan lebih 900 pekerja merupakan antara perniagaan berasaskan kripto yang terpaksa berhentikan kakitangan akibat daripada pasaran yang bearish.

Secara keseluruhannya, pasaran kripto setakat ini dianggarkan kehilangan 27,000 pekerjaan selepas harga aset digital secara berterusan mengalami kejatuhan drastik sejak April tahun lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat