Annyeonghaseyo! NFT K-Drama ‘Crash Landing On You’ Bakal Dilancarkan!

662

“Peminat tegar K-drama pasti tak sabar nak tengok oppa diaorang ni.”

Syarikat exchanger mata wang kripto Crypto.com menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama syarikat penerbitan drama Korea Selatan, Studio Dragon dalam melancarkan non-fungible token (NFT) berdasarkan drama popular negara itu.

Crypto.com dan Studio Dragon didapati ingin mengeluarkan koleksi NFT untuk permainan Studio Dragon DearRo yang menyaksikan siri drama Korea Selatan (K-drama) ‘Crash Landing on You’ dan ‘Start-Up’.

Difahamkan bahawa permainan tersebut membenarkan para pemain untuk berdandan ataupun menjadi watak utama dalam drama kegemaran mereka.

Diselusuri dengan lebih terperinci oleh Crypto.com, mereka akan mengeluarkan koleksi NFT sebanyak 500 unit, dua IP drama global dan enam kad kostum watak utama secara berurutan dalam tempoh terdekat ini.

Sementara Studio Dragon turut berkata bahawa mereka bakal tampilkan NFT yang memperkenalkan K-drama baharu setiap suku tahun untuk berinteraksi lebih rapat dengan peminatnya.

Menurut Patrick Yoon, Pengurus Besar Crypto.com Korea Selatan menyatakan bahawa kerjasama dengan Studio Dragon adalah sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk menyemai budaya dan seni negara itu kepada 80 juta penggunanya di seluruh dunia.

Selain Studio Dragon, Crypto.com juga memeterai perjanjian bersama agensi hiburan Korea Selatan Fantagio untuk melancarkan projek NFT.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat