Apa Berlaku Dalam Pasaran Kripto Pada Hari Ini & Semalam?

772

“Haih rasanya sekarang BTC masih lagi tak tahu nak ke mana la.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) mengekalkan kedudukannya di atas $39,000 apabila terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) bagi suku keempat pada malam semalam melihat pertumbuhan 3.3% berbanding anggaran 2%.

Dilaporkan, data KDNK telah keluar di tengah-tengah kemungkinan tamat tempoh berbilion dolar niaga hadapan kripto yang merupakan sejenis derivatif digunakan pelabur untuk meramalkan pergerakan aset digital, komoditi atau mata wang pada masa hadapan.

Jadi dapat dilihat tamat tempoh pada hari ini mungkin sangat ketara di mana $3.7 bilion dalam options notional open interest* BTC ditetapkan untuk tamat tempoh, ulas Ketua Pegawai Komersial Deribit Luuk Strijers sambila menambah options itu untuk Ethereum (ETH) pula pada $2 bilion.

*Mencerminkan jumlah nilai yang dikawal oleh positions dan  berapa banyak nilai yang diwakili oleh kontrak derivatif.

Namun, terdapat tanda-tanda bahawa ramai pedagang tidak ingin membiarkan kontraknya tamat begitu sahaja, oleh itu pedagang dijangka melancarkan positions mereka ke hadapan.

Kejadian itu telah berlaku selepas Januari ditimpa kesibukan sangat dahsyat apabila 11 spot BTC berbeza diluluskan kemudian aliran keluar besar daripada Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) telah tercetus setelah pelabur jual sahamnya yang dikunci sebelum ini.

Pada sisi berbeza, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) telah menolak tarikh akhir untuk memutuskan sama ada ingin meluluskan spot ETH Grayscale atau tidak manakala pengurus aset Bitwise terima banyak derma dalam BTC dan inscriptions selepas dedahkan address wallet kepada umum.

Bukan itu sahaja, GBTC didapati mencatatkan aliran keluar $429 juta pada 24 Januari 2024 iaitu jumlah terendah sejak pelancarannya pada 11 Januari tahun ini.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.06% pada paras $39,937 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $783 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 3.18% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat