Apa Cerita Dagangan Bursa Setelah Perdana Menteri Bakal Letak Jawatan?

393

Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari ini susulan pelabur menantikan jalan cerita selanjutnya mengenai imbroglio politik yang ketika ini sedang meruncing negara.

Pada 9.01 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 8.03 mata kepada 1,497.08 daripada 1,505.11 ketika penutupan pasaran pada Jumaat.

Dikhabarkan pada ketika ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah tiba di Perdana Putra bagi menghadiri mesyuarat khas Kabinet.

Ini kerana terdapat laporan mengatakan bahawa Muhyiddin bakal melepaskan jawatannya hari ini setelah kehilangan majoriti dek kerana pertikaian di antara gabungan pemerintah.

Menurut Inter-Pasific Research Sdn Bhd, ketidakstabilan politik yang kian meruncing dan peningkatan kes harian Covid-19 yang masih kekal tinggi akan terus mempengaruhi sentimen pasaran jangka pendek.

Selain itu, angka penjualan runcit, pengeluaran perindustrian serta pelaburan bandar dilihat mempamerkan penyusutan aktiviti yang sederhana di China pada Julai berdasarkan bacaan yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini.

Firma penyelidikan mengatakan bahawa pasaran bakal lebih berjaga-jaga dan kebanyakan pelabur akan melihat dan menantikan data yang mampu menyokong semula pasaran untuk melonjak.

Kesan daripada kegawatan politik ketika ini juga serba sedikit telah mendorong Genetec Technology, Petronas Gas, Malaysia Airports Holdings, Hartalega serta Fraser & Neave Holding untuk mengalami kejatuhan harga.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat