Apa Cerita Emas Tiba-Tiba Melambung Lepas Terjun Semalam?

1,623

Dagangan emas menjunam rendah setelah dikejutkan dengan satu lagi laporan positif mengenai keberkesanan vaksin Covid-19 yang telah mengangkat sentimen pasaran pada sesi dagangan Isnin.

Emas menjunam sekitar 300 pips ke sekitar paras harga $1,864 per auns sebaik sahaja Moderna Inc mengumumkan vaksin yang sedang dikembangkan bersama Institut Kesihatan Nasional AS telah menunjukkan keberkesanan lebih 94% dalam ujian fasa ketiga.

Syarikat itu dilaporkan sedang merancang untuk memohon kelulusan kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) dan mengatakan pihaknya menjangkakan ia akan menyiapkan sekitar 20 juta dos untuk dihantar kepada AS pada akhir tahun ini.

Walau bagaimanapun, dagangan logam berharga itu kembali memadamkan kerugian dengan mencatatkan peningkatan semula 300 pips dengan didagangkan sekitar paras harga $1,895 per auns ketika sesi New York.

Pada pembukaan sesi Eropah hari ini, emas didagangkan berlegar di sekitar paras harga $1,886 per auns, manakala niaga hadapan emas pada $1,884 per auns.

Walaupun sentimen terhadap matawang berisiko meningkat sejak beberapa perkembangan positif vaksin diumumkan minggu lepas, namun ketidakpastian berterusan yang disebabkan oleh wabak pandemik Covid-19 di seluruh dunia telah mengekalkan harga untuk aset safe-haven itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat