Apa Cerita Ni Sampai China Terpaksa Akur, ‘Dipijak’ Amerika Syarikat?

865

‘Kalau sekilas pandang macam tak ada apa-apa, tapi kalau tengok betul-betul macam China kalah dengan AS je.’

China terpaksa akur dan membenarkan pengawal selia Amerika Syarikat (AS) peroleh akses bagi laporan pengauditan kepada lebih 200 firma milik negara Tembok Besar itu yang disenaraikan di New York.

Ia bermakna China perlu mengubah suai peraturan yang diamalkan selama sedekad yang menghadkan amalan perkongsian data kewangan firma miliknya yang tersenarai di luar negara (off-shore), seterusnya memberi peluang kepada kerajaan AS membuat audit.

Sebagai makluman, peraturan yang diterbitkan pada 2009 oleh China itu menyatakan sebarang kertas kerja yang digubal on-shore semasa proses penjualan saham di luar negara dilarang untuk dikongsi dengan mana-mana entiti atau individu asing.

Penggubalan dasar tersebut menandakan pembalikan luar biasa oleh Beijing yang berpotensi menamatkan pertikaian selama beberapa dekad apabila AS menetapkan tarikh akhir 2024 untuk menyahsenaraikan perniagaan yang tidak mematuhi peraturan Bursa Saham New York dan Nasdaq.

Selain itu, ia turut menunjukkan kesediaan China untuk mengimbangi kebimbangan keselamatan negara dengan keperluan pelabur dan perniagaan pada masa ekonominya menghadapi pelbagai cabaran.

Umumnya, peraturan tersebut juga ada menyatakan bahawa sebarang kertas kerja yang berkaitan dengan rahsia negara atau keselamatan negara turut dilarang daripada disimpan, diproses dan dihantar dalam sistem komputer bukan sulit.

Menurut Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China (CSRC), draf peraturan yang disemak telah memadamkan keperluan pemeriksaan on-shore dijalankan terutamanya oleh agensi kawal selia China atau bergantung pada keputusan pemeriksaan mereka sahaja.

Terangnya lagi, CSRC akan turut memberi bantuan semasa proses melalui mekanisme kerjasama pengawalseliaan rentas sempadan.

Sementara itu, semua firma yang disenaraikan secara langsung atau tidak di luar negara akan bertanggungjawab mengurus maklumat sulit dan sensitif serta perlindungan keselamatan maklumat negara dengan betul.

Dalam pada itu, saham China yang tersenarai di AS meningkat pada hari Jumaat lalu ekoran laporan bahawa pengawal selia di Beijing sedang mengusahakan rangka kerja yang memberi akses penuh kepada laporan pengauditan untuk majoriti firma yang disenaraikan di New York.

Ringkasan mengenai penggubalan peraturan oleh China ini adalah kerana ia sedang cuba meningkatkan keyakinan pelabur berikutan beberapa siri tindakan keras yang mengeruhkan pasaran.

Melaluinya, pengawal selia kewangan tertinggi China bulan lalu menyatakan sokongan penyenaraian di luar negara yang prospeknya diselubungi oleh sekumpulan peratuan baharu dan perselisihan dengan AS berhubungan akses kepada audit firma.

Semakan audit tersebut boleh membantu mengurangkan risiko keselamtaan negara dalam data kongsi frima tersenarai dan membolehkan mereka mebuka kerjtas auit kepada pengawal selia AS apabila diperlukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat