Apa Cerita Semua Syarikat Teknologi Nak Keluar Hong Kong Ni?

562

Sejak Hong Kong berada di bawah undang-undang keselamatan baharu yang diperkenalkan China pada 1 Julai, majoriti firma teknologi sudah mula mengangkat kaki dari bandar itu.

Keputusan mereka ini juga merupakan gambaran syarikat gergasi seperti Facebook Inc., Google Aplhabet Inc. dan Twitter Inc., yang dilaporkan sedang dalam pertimbangan untuk membuat demikian.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh American Chamber of Commerce di Hong Kong, separuh pengusaha perniagaan Amerika Syarikat (AS) berkira-kira untuk beralih berikutan sentimen di kota itu semakin suram.

Pelaksanaan undang-undang tersebut meletakkan para pengusaha dalam dilema kerana jika mereka akur dengan undang-undang di Hong Kong, secara tidak langsung mereka akan melanggar undang-undang negara lain.

Di bawah undang-undang tersebut, syarikat teknologi kehilangan kuasa ke atas pengurusan data. Dikatakan, pihak berkuasa boleh mengarah mereka untuk membuang atau menyekat pengaksesan isi kandungan yang dinggap mengancam keselamatan negara.

Pihak yang didapati melanggar undang-undang akan dihukum HK$100,000 dengan penjara selama enam bulan.

Justeru, Charles Mok, penggubal undang-undang Hong Kong memberi amaran untuk syarikat teknologi bertindak lebih berhati-hati atau untuk lebih selamat, disarankan untuk keluar dari bandar elit itu.

Namun, berbeza bagi mereka yang berpengaruh dalam ekonomi Hong Kong, menjelaskan para pengusaha syarikat teknologi tidak perlu lari kerana Hong Kong merupakan medan terbaik untuk tembus pasaran China, sekaligus memainkan peranan dalam menyakinkan semula pelabur dan perniagaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat