Apa itu FED, FOMC & NFP?

11,193

Mungkin bagi trader yang baru, seringkali terdengar istilah FED, FOMC dan NFP ni kan? Tapi masih belum faham dan tak tahu apa perbezaannya.

Dan ketiga-tiga ini akan sangat berkait rapat dengan mata wang US dolar.

Pastikan selepas habis baca artikel ini, anda dapat bezakan ketiga-tiga istilah itu.

FED

Federal Reserve atau sering diringkaskan sebagai ‘Fed’ atau ‘The Fed’ adalah merupakan bank pusat Amerika Syarikat (AS) dan dikatakan sebagai institusi kewangan paling berkuasa di dunia.

Seperti fungsi bank-bank pusat yang lain juga, Fed berperanan untuk mengawal keseimbangan ekonomi Amerika Syarikat dengan melaksanakan dasar monetari yang bersesuaian mengikut keadaan ekonomi semasa.

Ada trader yang pening sebab banyak sangat Fed yang ada. Ada Fed New York, ada Fed Boston, Fed Chicago, jadi yang mana satu nak tengok ni kan?

Sebenarnya Fed mempunyai 12 cawangan di wilayah yang berbeza dan Federal Reserve utama yang terletak di Washington D.C. menjadi tunjang untuk sebarang keputusan dasar monetari yang pada waktu ini diterajui oleh, Pengerusi Jerome Powell.

FOMC

Untuk menentukan dasar monetari sama ada untuk meningkatkan atau menurunkan kadar faedah, mengetatkan atau melonggarkan polisi, Fed akan bermesyuarat sebanyak 8 kali setahun dan keputusan akan diputuskan oleh ahli Federal Open Market Comittee (FOMC).

Ahli FOMC akan terdiri daripada 12 orang iaitu 7 ahli lembaga Gabenor (Board of Governors), Presiden Fed New York dan baki 4 lagi adalah Presiden Fed dari cawangan lain yang akan bergilir-gilir.

Apa pula yang sering disebutkan sebagai nada ‘hawkish dan dovish’ pada setiap kali ulasan tentang keputusan mesyuarat bank pusat?

Hawkish merujuk kepada keputusan bank pusat yang cenderung ke arah pengetatan dasar. Sebagai contoh, gabenor bank pusat umumkan kadar faedah dinaikkan lebih tinggi. Situasi ini kebiasaannya akan mendorong nilai mata wang negara itu untuk meningkat.

Dovish pula merujuk kepada keputusan bank pusat yang lebih pasif sama ada mengekalkan dasar atau melonggarkan lagi dasar. Sebagai contoh, kadar faedah dikekalkan, ataupun bank pusat umum untuk tambahkan lagi bekalan wang ke dalam ekonomi. Ini akan mendorong nilai mata wang negara itu akan mengalami susut nilai.

NFP

Apabila Fed bermesyuarat untuk menentukan perubahan dasar monetari, apa yang Fed akan lihat? Berdasarkan apa?

Fed akan menilai ekonomi berdasarkan data-data yang diterbitkan. Kebiasaannya data yang akan menjadi tumpuan bank pusat adalah kadar inflasi (CPI), pertumbuhan ekonomi (GDP) dan data pekerjaan.

Non-farm payrol atau NFP adalah bacaan data pertambahan pekerjaan di Amerika Syarikat (tidak termasuk perladangan) menjadi tumpuan yang diterbitkan setiap Jumaat minggu pertama di awal bulan.

Kebiasannya perubahan pada angka data NFP akan memberi impak besar terhadap pergerakan harga dalam pasaran khususnya kepada mata wang US dolar.

Untuk lebih faham tentang Analisis Fundamental, dapatkan buku keluaran INTRADAY.my – KLIK SINI

Dan jangan lupa untuk sertai Lucky Draw RM3,000 SaracenMarkets bulan ini. – KLIK DI SINI – UNTUK PM ADMIN

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat