Apa Jadi Pada AUD/USD Selepas Laporan Data Pekerjaan Australia?

239

Sejak awal minggu bermula, carta harga pasangan mata wang AUD/USD menunjukkan penurunan yang berterusan sehingga semalam.

Dari paras 0.67000 harga telah menjunam hampir 200 pips ke sekitar 0.65300 sehingga sesi New York semalam.

Di sesi Asia pagi ini (Khamis), data pekerjaan Australia menjadi tumpuan untuk pelabur memerhatikan kesan reaksi harga pada carta itu.

Meneliti butiran laporan, ekonomi Australia kehilangan 65,100 pekerjaan pada Disember lalu dengan kadar pengangguran dicatatkan kekal pada paras 3.9%.

Bacaan yang agak suram untuk petunjuk bagi penetapan bank pusat itu dilihat tidak begitu memberi tekanan kepada dolar Aussie.

Dapat diperhatikan harga sedikit ditekan pada mulanya ke paras 0.65300 sebelum melantun semula dan berlegar di sekitar 0.65600 hingga bersambung pada pembukaan sesi Eropah.

Halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD dilihat bakal diuji untuk pelabur menilai petunjuk bagi pergerakan harga selanjutnya.

Jika kenaikan berjaya melepasi halangan itu, paras 0.66000 akan menjadi rintangan seterusnya untuk diatasi.

Seterusnya, barulah kenaikan akan mensasarkan semula sehingga ke zon 0.67000 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.

Sementara, jika harga kembali menyambung corak bearish untuk beberapa hari lalu, penurunan berkemungkinan akan diteruskan menuju paras 0.65000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat