Apa Jadi Pada Emas Hari Ini?

629

Emas sedikit meningkat pada hari Rabu, namun kekal didagangkan di bawah tekanan selepas Presiden Donald Trump mengancam tidak akan menandatangani pakej rangsangan coronavirus yang sekian lama dinantikan.

Pada awal sesi Eropah, spot emas didagangkan stabil pada $1,866 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,870 per auns (3.45 petang waktu Malaysia).

Kenaikan ini didorong oleh penyusutan US dolar pada sesi dagangan hari ini. Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback susut 0.2% berbanding sekumpulan matawang utama.

Pada sesi Asia hari ini, Trump telah menggesa Kongres supaya meminda rang undang-undang pakej coronavirus yang telah dipersetujui dan meningkatkan bantuan buat rakyat Amerika kepada $2,000. Jika tidak, beliau tidak akan menandatanganinya.

Hal ini secara tidak langsung menimbulkan ketidakpastian mengenai pakej bantuan yang dinantikan selama berbulan-bulan.

Bagaimanapun, harapan pasaran untuk pakej rangsangan diterima oleh Trump masih ada, memandangkan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi menyatakan kesediaan Demokrat untuk meluluskan pembayaran langsung sebanyak $2,000 untuk rakyat Amerika.

Halangan utama buat pakej rangsangan dipinda dan diluluskan ini tertumpu pada kesediaan Senat AS yang sebelum ini enggan menerima cadangan pakej bantuan yang lebih besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat