Apa Jadi Pada USD Selepas Mesyuarat FOMC?

533
  • Powell beri isyarat kenaikan kadar faedah tidak akan berlaku pada mesyuarat Jun
  • USD melemah, penganalisis jangka bakal kukuh dalam tempoh terdekat
  • Yen teruskan pengukuhan, BOJ enggan beri sebarang ulasan

Penganalisis berpandangan bahawa mata wang US dolar berpotensi untuk mengukuh dalam tempoh terdekat ini selepas mendapat isyarat jelas dari mesyuarat FOMC bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan dasar ketat yang lebih lama.

Fed telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan Pengerusi Fed, Jerome Powell menyatakan kemungkinan bahawa tiada kenaikan kadar pada mesyuarat seterusnya.

Tambahan, langkah pengetatan kuantitatif yang diumumkan turut dilihat sebagai usaha bank pusat untuk mencapai sasaran inflasi 2%.

US dolar memberi reaksi negatif selepas keputusan mesyuarat tersebut namun berjaya paparkan pengukuhan di sesi Eropah semalam.

Namun, raja mata wang itu kembali papar prestasi suram pada sesi berikutnya sementara tumpuan terarah kepada data ekonomi penting yang akan diterbitkan hari ini sebelum dagangan minggu ini berakhir.

Tumpuan hari ini adalah kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan April setelah bacaan angka yang memberangsangkan pada bulan sebelumnya.

Turut akan diterbitkan di sesi yang sama adalah data tinjauan ISM untuk sektor perkhidmatan AS yang dijangka kekal di atas paras 50 mata.

Dalam perkembangan lain, pasaran juga turut menantikan sebarang penjelasan dari pihak berkuasa Jepun berkenaan langkah campur tangan yang berlaku.

Yen kembali pulih dengan pengukuhan dari paras terendah 34 tahun, namun bank pusat Jepun enggan memberi sebarang ulasan buat ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat