Apa Jangkaan Kesan CPI Ke Atas BTC, Bullish Atau Bearish?

204

“Siap sedia pelabur, pergerakan BTC selalunya tidak menentu boleh naik dan turun.”

Semalam harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya mengukuh sehingga $31,000 sebelum tergelincir semula pada $30,190 apabila para pelabur sedang menanti terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang bakal dikeluarkan Rabu esok.

Hal ini kerana Federal Reserve (Fed) yang memperhatikan CPI teras terlebih dahulu dijangkakan akan menaikkan kadar faedah semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya.

Menerusi pemerhatian, jumlah inflasi tahunan diramal jatuh pada 3.20% dan sekiranya angka tersebut dicapai maka ia akan menjadikannya bacaan terendah sejak Mac 2021 sementara inflasi teras turut akan mencatatkan paras terendah sejak November 2021 jika jatuh pada 5.1%.

Memang tidak dinafikan BTC pada masa ini masih menyaksikan pergerakan mendatar, tetapi harganya berpotensi melonjak sebanyak 5.05% selepas pengeluaran data CPI esok yang mampu beri ketidaktentuan dalam pasaran kripto.

Namun perlu diingatkan BTC berupaya susut di bawah $30,000 jika kenaikan kadar faedah lain diumumkan, bagaimanapun memandangkan rangkaiannya terus kukuh maka sentimen pelabur mungkin juga akan kekal kukuh.

Umum mengetahui apabila inflasi berada pada 2% iaitu sasaran Fed, pelabur berkemungkinan lebih berminat terhadap aset berisiko seperti kripto kemudian memacukan lagi harganya susulan kadar faedah sama sekali tidak akan dinaikkan.

Suka dimaklumkan bahawa harga BTC melihat kenaikan sedikit semalam apabila Standard Chartered Bank meramalkan harga BTC akan cecah $50,000 menjelang akhir tahun ini dan lebih $120,000 sebelum akhir tahun 2024.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.31% pada paras $30,491 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $592 bilion tetapi tetap merekodkan penurunan 2.19% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat