Apa Nak Jadi? Apa Nak Jadi, Sampai Bila Serba Dinamik Nak Digantung Lagi?

609

‘Ni dah macam menyerah kalah je, biarlah digantung bukan menjadi masalah pun.’

Entah kali ke berapa tetapi saham syarikat kejuruteraan minyak dan gas, Serba Dinamik Holdings Bhd digantung lagi dagangannya pada Bursa Malaysia.

Sebab penggantungan sudah terang lagi bersuluh apabila syarikat gagal patuhi arahan pendedahan laporan tahunan yang diminta sebelum tarikh akhir 22 Disember 2022.

Sebelum ini, syarikat diminta untuk mengemas kini laporannya dan dihantar sebelum 22 Disember (Khamis) selepas institusi saham negara itu memberi lanjutan tempoh 1 bulan setengah untuk berbuat sedemikian.

Jelas di bawah arahan tersebut juga bahawa andai syarikat gagal mengeluarkan penyata kewangan tertunggak dalam tempoh 5 hari pasaran selepas tarikh akhir dibenarkan, maka sahamnya bakal digantung.

Selain itu, jika berlarutan sehingga tempoh 6 bulan dari tarikh akhir tempoh berkaitan pula maka prosedur nyah penyenaraian akan dimulakan.

Ternyata Serba Dinamik masih liat untuk mengemukakan laporan syarikat, lebih-lebih lagi selepas kes audit yang ‘dikantoikan’ oleh juruaudit bebas EY Consulting.

Dalam pada itu, kali terakhir saham Serba Dinamik didagangkan semalam ia muncul saham ke-2 paling aktif didagangkan dengan 83.86 juta saham bertukar tangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat