Apa Nasib US Dolar Di Penghujung Mei?

434

Mengimbas dagangan untuk minggu lalu, mata wang US dolar mula memaparkan pemulihan semula selepas jangkaan pasaran untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan dasar yang ketat kembali meningkat.

Situasi ini didorong oleh laporan minit mesyuarat FOMC yang hawkish serta data aktiviti perniagaan di Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan, berbeza berbanding data-data sebelumnya.

Pada minggu sebelumnya itu, US dolar telah alami penyusutan yang ketara ketika data-data yang diterbitkan termasuk inflasi AS mencadangkan untuk langkah pemotongan kadar faedah oleh Fed perlu dilaksanakan.

US dolar telah menunjukkan corak pengukuhan yang beransur-ansur dari awal minggu lalu menuju ke penghujung minggu, namun kembali melemah di sesi-sesi akhir dengan penganalisis percaya berlaku aktiviti pengambilan untung oleh pemain pasaran.

Walaupun sedikit lemah pada pembukaan dagangan di awal minggu ini, namun pelabur perlu berwaspada dengan potensi US dolar untuk kembali menyambung pengukuhannya semula seperti minggu lalu.

Namun, petunjuk terbaru akan diperhatikan minggu ini seperti data tinjauan pengguna AS, data indeks harga PCE dan bacaan pertumbuhan ekonomi AS bagi suku pertama tahun ini.

Mata wang utama yang lain berkemungkinan boleh mengukuh di awal minggu, namun peningkatan nilai dijangka terhad.

Seperti Euro dan Pound, mata wang berisiko untuk alami kejatuhan berikutan bank pusat telah memberi isyarat untuk beralih kepada pelonggaran dasar monetari berkemungkinan bermula pada Jun.

Jika ini berlaku, bank pusat yang lain mungkin akan turut serta tanpa perlu menunggu langkah dari Fed terlebih dahulu yang masih berada dalam dilema.

Perkembangan pasaran komoditi, pelabur masih menjangkakan prestasi buruk buat dagangan minyak mentah apabila harga telah paparkan penurunan sepanjang minggu lalu.

Emas turut paparkan kejatuhan minggu yang ketara sehingga mencecah paras $2,330 sebelum mendatar perlahan di penghujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat