Saban hari, industri pelaburan kripto dilihat semakin mendapat sambutan dalam kalangan anak muda kerana ia berpotensi untuk membesarkan simpanan.
Namun, pelaburan ini juga turut mempunyai risiko tinggi dan status nilai yang tidak menentukan. Sila pastikan diri anda bersedia dan mengkaji berkenaan kripto sebelum anda memulakan pelaburan ya!
Ini merupakan beberapa faktor yang menjadi punca kenapa boleh berlakunya naik turun harga kripto:
1. Supply dan demand
Nilai aset kripto ditentukan berdasarkan permintaan pasaran. Semakin bertambah permintaan, semakin cenderung harga sesebuah kripto tersebut untuk naik.
Mekanisme dalam aset digital yang bersifat transparents membuatkan semua orang boleh melihat penghasilan setiap kripto. Secara tidak langsung, ia dapat menyerap bilangan permintaan serta menentukan sama ada harga semakin naik atau berkurang.
2. Kos Penghasilan
Penghasilan blockchain juga memerlukan tenaga daya pengkomputeran yang tinggi. Pada era permulaan kripto, para pelabur memerlukan pengaksesan yang terhad dan mahal bagi melombong aset tersebut.
Seperti Bitcoin, permintaan yang banyak membuatkan penghasilannya bertambah rumit. Maka, organisasi tersebut memerlukan dana yang banyak bagi memudahkan urusan ramai pelabur.
3. Berita dan Ekonomi Dunia
Penyebaran berita dan maklumat harga kripto lebih mudah diakses pada masa kini. Liputan yang meluas ini dapat membantu menaikkan branding sesuatu coin dan menarik minat ramai orang untuk melabur.
Faktor ekonomi juga mampu mempengaruhi nilai sesebuah coin berdasarkan permintaan masyarakat dan keputusan pihak berkuasa.
4. Isu Teknikal
Setiap mata wang kripto akan melalui fasa hard work, soft fork dan upgrade. Secara umumnya, keseluruhan fasa ini mempunyai isu-isu teknikal tersendiri dan menyumbang kepada nilai turun naik coin itu.
Bukan itu sahaja, kedudukan kripto juga turut terdedah kepada penggodam di mana boleh berlakunya kecurian dan pelabur boleh mengalami kerugian besar.
Jadi, pengawalan dan keselamatan yang ketat dalam pelaburan blockchain ini memerlukan kewangan yang tinggi.