Apa Perlu Pertimbangkan Sebelum Mula Trade Awal Minggu Ini?

635

Permulaan dagangan awal minggu memperlihatkan dolar Amerika terus mempertahankan pengukuhannya setelah ditutup lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama pada Jumaat.

Dolar greenback diperdagangkan stabil pada sesi Asia, menyusuli kenaikan 0.7% pada minggu lalu yang disokong oleh kebimbangan terhadap lonjakan kes coronavirus dan kebuntuan dalam rundingan pakej rangsangan fiskal AS.

Berbaki beberapa minggu sahaja lagi menjelang pilihan raya presiden AS, Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi cuba mengangkat harapan pasaran dengan mengatakan beliau masih yakin kesepakatan dapat dicapai sebelum pilihan raya.

Namun begitu, dengan jurang perbezaan antara kedua-dua pihak yang masih jauh menyebabkan ia dilihat sukar untuk dicapai.

Selain itu, penerbitan data yang memberangsangkan turut menyokong dagangan US dolar untuk ditutup tinggi, di mana jualan runcit mempamerkan peningkatan ketara sebanyak 1.9% pada bulan lalu iaitu lebih dua kali ganda daripada jangkaan pasaran.

Pengukuhan US dolar telah mempengaruhi dagangan euro yang turut terkesan oleh lonjakan kes coronavirus di Eropah sehingga menyebabkan sekatan baru dikenakan.

Pada hujung minggu, ahli Bank Pusat Eropah (ECB), Fabio Panetta memberi amaran bahawa pelonggaran dasar monetari yang lebih besar sangat diperlukan berikutan gelombang kedua Covid-19 yang menjejaskan pemulihan ekonomi.

Sementara itu, harapan terbaru dalam rundingan perjanjian perdagangan Brexit kembali menyokong dagangan matawang pound untuk meningkat pada pembukaan awal minggu. Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menyatakan pihak perunding EU akan meneruskan lagi rundingan dengan UK pada minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat