Harapan Pasaran Kembali Naik Selepas Kenyataan Balas Kesatuan Eropah Ini!

865

Kesatuan Eropah masih berusaha untuk mencapai kesepakatan Brexit walaupun Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengatakan sudah waktunya UK mempersiapkan perjanjian tanpa perdagangan pada akhir tahun ini.

Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen memberi ulasan susulan selepas satu jam komentar Johnson bahawa pihak EU akan terus berusaha untuk mencapai kesepakatan jika ia satu kesepakatan yang adil. Di halaman Twitter, Leyen telah memuatnaik satu cicipan bahawa seperti yang telah dirancang, pihak rundingan EU akan ke London pada minggu hadapan untuk meneruskan lagi rundingan Brexit.

Pada hari Jumaat, Boris Johnson telah memuat naik kenyataan yang berbentuk tuduhan bahawa EU telah menolak untuk berunding secara serius untuk mencapai kesepakatan mengenai hubungan masa depan antara Brussels dan London, Johnson juga menyatakan bahawa jika EU berubah arah maka tidak akan ada kesepakatan.

Johnson juga menyatakan bahawa sudah waktunya untuk mempersiapkan senario tanpa perjanjian. Namun, salah seorang diplomat EU telah mengeluarkan kenyataan bahawa Johnson tidak mengatakan secara khusus bahawa Britain meninggalkan rundingan.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat