Apa Punca Matawang Utama Bergerak Lawan Arah Semula?

657

Keyakinan dalam pasaran matawang berubah kelam pada awal dagangan sesi Eropah setelah Amerika Syarikat dilaporkan telah mengarahkan penutupan pejabat konsulat China di Houston.

Dolar greenback kembali meraih kenaikan dengan meningkat 0.15% kepada 95.32 setelah didagangkan susut menghampiri paras terendah 4 bulan berbanding matawang utama.

Walau bagaimanapun, sentimen yang disokong oleh berita positif mengenai vaksin coronavirus dan rangsangan fiskal masih lagi menyokong matawang utama untuk didagangkan tinggi.

Dolar Aussie melenyapkan kenaikannya hari ini setelah mencecah paras ketinggian terbaru sejak April 2019 pada $0.7168, untuk didagangkan di sekitar harga $0.7120 berbanding US dolar.

Peningkatan kes Covid-19 dan pengenaan semula sekatan di negeri kedua terbesar Australia tidak banyak mempengaruhi dolar Aussie, walaupun terdapat laporan bahawa penularan virus terbaru akan mengurangkan pertumbuhan ekonomi Australia sebanyak 0.75% pada suku ketiga.

Sementara dolar kiwi juga memadamkan peningkatannya pada hari ini dan didagangkan mendatar pada $0.664 berbanding USD.

Mengikuti perkembangan di Eropah, dagangan pound kembali merosot ke bawah paras harga 1.2700 ketika ketidakpastian mengenai Brexit dan ketegangan yang meningkat antara UK dan China meragut peningkatan matawang itu.

Selain itu, euro kekal didagangkan tinggi berbanding US dolar setelah mencatatkan sedikit penyusutan ketika sesi dagangan hari ini. Matawang itu masih mendapat sokongan daripada kesepakatan mengenai pakej rangsangan yang dicapai pada Selasa.

Di samping itu, dolar Kanada juga mencatatkan sedikit penyusutan ekoran kemerosotan harga minyak mentah, namun masih didagangkan menguat berbanding USD.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat