Apa Punca NZD Meroket Tinggi Hari Ini?

608

Dolar New Zealand melonjak lebih tinggi pada sesi Eropah selepas menyaksikan kenyataan terbaru daripada penolong gabenor Reserve Bank of New Zealand (RBNZ), Christian Hawkesby.

Hawkesby memberitahu bahawa keputusan dasar RBNZ pada minggu lepas bukan disebabkan risiko yang ditimbulkan oleh Covid-19, tetapi kerana masalah komunikasi.

Beliau juga mengatakan bahawa pada mesyuarat polisi baru-baru ini, RBNZ telah mempertimbangkan untuk menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas.

Hal ini telah mendorong lonjakan dolar kiwi lebih tinggi pada sesi Eropah, dengan pergerakan harga kembali menuju ke paras 0.7000 berbanding US dolar.

Ini menguatkan lagi keyakinan pelabur bahawa bank pusat New Zealand akan tetap menaikkan kadar faedah pada tahun ini sekiranya kes Covid-19 dapat segera dibendung.

Menurut Reuters, kebarangkalian untuk bank pusat meningkatkan kadar faedah pada bulan Oktober telah meningkat kembali di atas 40%.

Sementara itu, pelabur juga telah diperlihatkan dengan bacaan data jualan runcit New Zealand suku kedua yang meningkat melebihi jangkaan pasaran dengan meningkat sebanyak 3.3% daripada 2.4% yang dijangkakan, dan menokok dari 2.8% yang dicatatkan sebelumnya.

Dalam pada itu, kenaikan dolar kiwi turut disokong oleh penyusutan dolar greenback yang dilemahkan oleh ketidakpastian mengenai bila Federal Reserve (Fed) akan melakukan pengurangan.

Langkah penutupan di seluruh negara dilanjutkan sehingga hari Jumaat selepas jumlah jangkitan dari kluster baru mencecah 100 kes. New Zealand juga mencatatkan kenaikan harian tertinggi dalam kes Covid-19 sejak April 2020 pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat