Apa Situasi Semasa Harga Emas?

1,321

Harga emas didagangkan mendatar pada hari Rabu ketika pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menuju mesyuarat polisi FOMC pada minggu depan.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diperdagangkan pada sekitar harga $1,964 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,980 per auns.

Dagangan US dolar kembali terbatas di tengah-tengah ketidakpastian mengenai langkah seterusnya dalam penetapan dasar Federal Reserve (Fed).

Ini disusuli dengan kemerosotan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang susut pada sekitar paras 3.66%.

Ekoran itu, ia sedikit sebanyak memberi peluang buat logam berharga emas didagangkan lebih kukuh walaupun tidak banyak perubahan harga dipaparkan.

Niaga hadapan dana Fed menunjukkan pelabur telah meletakkan kemungkinan untuk 80.6% peluang bahawa Fed akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah, menurut alat Fedwatch CMEGroup.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama pelabur juga melihat kemungkinan 51% untuk kenaikan kadar 25 mata asas lagi pada bulan Julai.

Data inflasi Amerika Syarikat dan mesyuarat polisi FOMC yang dijadualkan pada minggu depan akan menjawab kepada persoalan ini.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat