Apa Yang Berlaku – Mampukah US Dolar Terus Mengganas?

1,047

Kerugian yang dialami oleh US dolar setelah laporan pekerjaan Amerika Syarikat yang tidak memuaskan pada minggu lalu berjaya ditangani dengan pengukuhan US dolar pada hari ini. Hal ini adalah kerana kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi global dan secara tidak langsung meningkatkan pelaburan terhadap safe haven.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh 0.22% dengan didagangkan pada paras tukaran 92.235. US dolar baru-baru ini pada hari Jumaat lepas telah merosot ke 91.941% buat pertama kalinya sejak 4 Ogos berikutan laporan pekerjaan A.S menunjukkan ekonomi terbesar di dunia mencipta pekerjaan paling sedikit dalam tempoh tujuh bulan.

Walaupun laporan pekerjaan yang lemah dapat mendorong the Fed untuk mengeluarkan kenyataan yang bernada ‘hawkish’ namun para penganalisis berpendapat bahawa pertumbuhan global semakin lemah selepas melonjak naik pada awal tahun ini dapat menghambat perkara itu dan menjadi tumpuan utama.

Trader disisi lain berpandangan bahawa naratif utama dalam beberapa minggu hadapan adalah mengenai pertumbuhan global dapat kembali ke prestasi yang lebih baik atau tidak. Hal ini adalah bergantung kepada perkembangan varian delta.

Penanda aras hasil Perbendaharaan AS 10 tahun menguat ke paras tertinggi lebih dari satu minggu turut mendorong pengukuhan US dolar.

Disisi yang berbeza, matawang antipodean, dolar Aussie membataskan keuntungannya pada hari Isnin, ketika Victoria, negeri kedua yang mempunyai populasi terbesar di Australia menyaksikan peningkatan kes Covid-19.

Tumpuan kini disasarkan kepada Reserve Bank of Australia (RBA) pada hari Selasa yang dijangka akan menangguh semula rancangan bank pusat untuk mengurangkan pembelian bon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat