Apa Yang Sedang Berlaku? Indeks Sentimen Kripto Mengkhuatirkan!

3,321

Indeks ketakutan dan ketamakan Bitcoin merupakan salah satu indikasi yang kerap digunakan dalam kalangan komuniti kripto bagi mengukur sentimen umum masyarakat terhadap Bitcoin. Pada minggu ini, setelah sekian minggu indikasi tersebut mula menunjukkan perubahan, dari “ketamakan” kepada “ketakutan melampau”. Ini merupakan kali pertama dalam bulan ini, indikasi ini menunjukkan tahap ketamakan selepas beberapa minggu lalu harga BTC mula memberi harapan dengan kembali melonjak di atas $50,000.

Indeks ketakutan dan ketamakan ini adalah berdasarkan pandangan umum komuniti terhadap BTC dan aset kripto lain. Lebih tepat lagi, faktor tersebut merangkumi tinjauan, komen media sosial, turun naik harga, dan jumlah pegangan.

Perubahan ini adalah disebabkan pemain pasaran mula memberi respon terhadap sentiman laporan yang terkait dengan krisis di Khazakhstan. Dilaporkan penduduk di negara itu membuat rusuhan susulan daripada keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak sebanyak dua kali ganda daripada harga sebelumnya.

Disebabkan itu, kerajaan telah bertindak menutup capaian internet, menyebabkan seluruh aktiviti dalam rangkaian tergendala dan susut lebih 2%.

Pada masa yang sama, aktiviti perlombongan bitcoin terpaksa ditangguhkan hingga mendorong penyusutan tajam hashrate lebih 13% dari rekod tertinggi 194 EH/s ke paras terendah 168 EH/s.

Walaubagaimanapun, perkembangan terkini telah mengubah sentimen orang ramai. Akibatnya, indeks telah jatuh dari paras 50 (keserakahan) kepada paras 10 (ketakutan melampau) dalam beberapa minggu.

Terlepas dari faktor-faktor lain, indeks ketakutan dan ketamakan adalah antara yang berkaitan dengan harga bitcoin. Selain itu pasaran turut memberi reaksi kepada laporan minit mesyuarat FOMC yang menunjukkan kadar faedah akan dinaikkan lebih awal dari jangkaan.

Terkini harga Bitcoin didagangkan pada paras harga $42,882.48 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat