Apa yang Terjadi Kepada Harga Emas Ketika Pasaran Menanti Keputusan Fed?

36

Harga emas meningkat lebih rendah dalam sesi dagangan Eropah pada Rabu, berbanding semalam berikutan peserta pasaran menanti keputusan minit mesyuarat dasar oleh Fed.

Emas bagi penghantaran Disember susut 0.73% satu troy ounce selepas meningkat pada Selasa.

Pelabur memberi tumpuan kepada minit mesyuarat dasar Fed bagi penjelasan yang lebih lanjut mengenai kenaikan kadar AS yang seterusnya.

Sebelum ini, Fed mengekalkan kadar faedah tidak berubah selepas mesyuarat 27 Julai yang lalu. Walau bagaimanapun, jangkaan kenaikan kadar semakin melemah oleh kebanyakan bank pusat dalam jangka masa terdekat.

Spekulasi mengenai kenaikan kadar AS ini menguat semula berikutan komen agresif dari 2 orang pegawai Fed iaitu William Dudley, Presiden Fed New York dan Dennis Lockhart, Presiden Fed Atlanta pada Selasa.

Emas adalah sensitif kepada pergerakan kadar AS. Kenaikan kadar terhadap emas akan mengurangkan ancaman terhadap harga komoditi terbabit.

Selain itu, Dollar meningkat semula pada hari Rabu setelah menjunam ke angka terendah alam tempoh 7 minggu.

Us Dollar Index yang mengukur kekuatan Dollar AS meningkat 0.2% selepas merosot pada sesi sebelumnya.

Untuk tahun ini, logam berharga ini meningkat lebih 26%, didorong oleh kebimbangan terhadap pertumbuhan global dan jangkaan rangsangan monetari.

3 Waktu Terbaik Untuk Trade Forex Secara Santai! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat