Apakah Ekonomi Amerika Syarikat Berada Di Ambang Kemelesetan Ekonomi?

1,454

Goldman Sachs pada hari ini telah menilai semula pandangan mereka tentang bagaimana wabak Covid-19 ini akan memberi kesan terhadap ekonomi Amerika Syarikat. Institusi tersebut melihat bahawa akan terdapat kejatuhan yang mendadak kemudian disusuli oleh pemulihan ekonomi yang pantas.

Goldman Sachs menjangkakan kadar pengangguran akan meningkat sehingga 15% pada tahun ini, dimana sebelum ini jangkaan asal adalah pada 9%. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) A.S djangka akan jatuh sebanyak 9% pada suku tahun pertama kemudian diikuti kejatuhan yang lebih besar iaitu sebanyak 34% pada suku tahun kedua dan fasa ini adalah fasa dimana dijangka paling buruk dalam sejarah selepas perang dunia kedua.

Walaubagaimana, Goldman melihat ekonomi akan kembali pulih, aktiviti akan mula meningkat sehingga GDP dijangka akan bertumbuh sebanyak 19% pada suku ketiga.

Pakar ekonomi di firma tersebut mengatakan terdapat bukti yang kukuh bahawa tuntutan pengangguran akan terus meningkat. Pada minggu lepas, sebanyak 3.3 juta rakyat A.S telah membuat tuntutan pengangguran dan Goldman menjangka ia akan meningkat kepada 5.5 juta tuntutan.

Kesan ini dijangka bukan hanya memberi impak pada suku pertama namun ia juga akan menimbulkan impak kesan negatif pusingan kedua. Bagi tahun ini, Goldman meramalkan kejatuhan sebanyak 6.2% dalam KDNK.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat