Apakah Situasi Semasa Dalam Pasaran Menjelang Sesi New York?

381

Pasaran terus bergerak suram pada sesi Eropah, menyaksikan dolar Amerika dan kebanyakan mata wang utama lain kekal didagangkan mendatar.

US dolar masih mengekalkan keuntungan yang diraih daripada data inflasi Amerika Syarikat yang mengejutkan meskipun memaparkan pergerakan yang terhad.

Tumpuan pelabur kini difokuskan kepada pengeluaran data jualan runcit AS bersama-sama tuntutan pengangguran, tinjauan pembuatan New York dan tinjauan pembuatan Fed Philadelphia pada sesi akan datang.

Terdahulu, pelabur telah diperlihatkan dengan terbitan laporan pekerjaan Australia yang menunjukkan peningkatan dalam kadar pengangguran kepada 3.5% pada bulan lalu dan pertambahan pekerjaan yang lebih kurang daripada jangkaan.

Dolar Aussie bagaimanapun gagal memaparkan pergerakan ketara, sebaliknya kekal didagangkan berlegar pada sekitar harga yang sama berbanding greenback.

Sementara itu, dolar kiwi juga tidak memberi perubahan harga walaupun selepas melihat pertumbuhan lebih kukuh dalam ekonomi New Zealand pada suku kedua yang berkembang 1.7% daripada penguncupan 0.2% pada suku pertama.

Di sisi lain, dapat dilihat bahawa mata wang euro dan pound bergelut untuk membuat pergerakan disebabkan US dolar yang masih bertahan di sekitar paras tertinggi.

Mata wang yen pula cuba mempertahankan keuntungan yang diraih pada Rabu susulan spekulasi bahawa Bank of Japan (BOJ) mungkin bersiap sedia untuk campur tangan dalam pasaran mata wang.

Bagi dolar Kanada pula, mata wang itu turut mempamerkan pergerakan yang terhad di tengah-tengah dagangan minyak mentah yang juga terbatas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat