Apakah Yang Menyebabkan Dagangan Emas Jatuh Menjunam?

3,885

Sesi pasaran Asia hari ini menyaksikan harga emas kekal diniagakan lemah setelah jatuh 5.1% ke paras terendah sejak November 2019 pada dagangan hari Isnin.

Dagangan logam berharga itu menyusut lebih 2% dan diniagakan di sekitar paras harga $1,480 per auns berikutan pelabur menjual aset untuk meningkatkan pegangan terhadap wang tunai di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemelesetan global.

Pasaran Wall Street menjunam pada Isnin, menjadikannya sebagai hari terburuk sejak krisis kewangan 1987 selepas Presiden AS Donald Trump memberi amaran bahawa gangguan ekonomi disebabkan virus COVID-19 mungkin berlanjutan sehingga Ogos.

Namun begitu, niaga hadapan saham AS kembali menunjukkan pemulihan pada sesi Asia hari ini setelah Trump memberitahu bahawa pentadbirannya akan menyokong industri yang terjejas, terutamanya syarikat penerbangan.

Langkah rangsangan tambahan dan pemotongan kadar faedah yang diperkenalkan oleh bank pusat di seluruh dunia dilihat gagal meredakan kebimbangan pasaran terhadap ancaman kemelesetan global.

Turut menambah kebimbangan adalah apabila Donald Trump sendiri mengakui bahawa Amerika Syarikat mungkin akan menuju ke arah kemelesetan setelah menyaksikan banyak aktiviti ekonomi di negara itu terjejas sejak penularan COVID-19.

Menurut penganalisis, kejatuhan ketara dalam pasaran saham juga menggambarkan keyakinan pelabur yang hilang terhadap keupayaan kerajaan dan bank pusat untuk memerangi impak COVID-19 kepada ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat