Fuhh Gempak! Apple Nak Keluar AR Metaverse

265

Baik punya rancangan ni, Metaverse bakal diterajui oleh Apple.

Saham Apple Inc melonjak selepas ketua pegawai eksekutif (CEO), Tim Cook memberi isyarat untuk menyertai metaverse dengan menyatakan kemaskini pengembangan aplikasi augmented reality (AR) syarikatnya.

Setakat ini, syarikat iPhone tersebut memiliki hampir 14,000 aplikasi AR dalam App Storenya dan Cook mencadangkan angka tersebut boleh berganda jika terdapat lebih banyak pelabur yang ingin melabur.

Sumber dari Bloomberg dan penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo melaporkan bahawa Apple sedang merancang untuk memperkenalkan sebuah headphone AR pada tahun ini atau tahun depan kemudian diikuti dengan sebuah kaca mata.

Namun, pihak Apple masih belum mengesahkan rancangan tersebut.

Ekoran daripada kenyataan Cook tersebut, saham Apple melonjak 5% pada sesi dagangan Khamis (27 Januari).

Hasil pendapatan Apple melonjak 24% pada $19.5 bilion pada suku pertama, menlepasi jangkaan penganalisis pada $18.6 bilion.

Syarikat tersebut turut berjaya peroleh 785 juta pelanggan baharu terhadap perkhidmatan berbayarnya seperti penstriman muzik dan permainan yang merupakan satu peningkatan dari 620 juta pada tahun lalu dan 745 juta pada suku lepas.

Dalam pada itu, Cook menambah usaha penyelidikan dan pembangunan Apple sedang tertumpu pada perkakasan, perisian dan perkhidmatan.

Menurut penganalisis, peranti AR boleh membuka lebih banyak peluang untuk mengembangkan langganan dimana tawaran sedia ada bagi senaman kecergasan dan kandungan video boleh berkembang lebih menarik melalui pengalaman AR yang mendalam dan apabila perkhidmatan dan pelanggan berkembang, margin keuntungan kasar Apple boleh melonjak melebihi 40%.

Selain itu, penganalisis Counterpoint Research, Neil Shah, mengata perkhidmatan berkaitan metaverse seperti aplikasi AR boleh membalikkan campuran hasil Apple.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat