Arab Saudi Perlu ‘Fikir Panjang’ Sertai BRICS, Nak Jaga Hati Siapa?

1,878

Arab Saudi masih mempertimbangkan tawaran untuk menjadi ahli BRICS sejak diminta untuk menyertainya sejak tahun lepas. BRICS turut menjemput Emeriah Arab Bersatu, Mesir, Iran, Argentina dan Ethiopia juga bermula tahun ini.

Namun, Argentina sudah menolak pelawaan tersebut sejak November lalu.

Berdasarkan sumber, tarikh 1 Januari bukanlah masa untuk membuat keputusan. Alasan yang menguatkan harapan tawaran adalah negara China dan India juga adalah rakan dagangan terbesar kumpulan itu.

Arab Saudi masih lagi berada dalam fasa menilai sebelum membuat keputusan. Kumpulan itu akan menambah peningkatan ekonomi kepada ahli BRICS sama seperti ahli semasanya iaitu China, Brazil, Rusia, India dan Afrika Selatan.

Menteri Ekonomi Arab Saudi, Faisal Alibrahim mengesahkan bahawa kerajaan masih dalam proses membuat keputusan untuk menyertai kumpulan itu. Arab Saudi merupakan sebuah kerajaan yang mempunyai pelbagai hala tuju dan institusi serta mereka perlu melalui pelbagai proses yang panjang hingga ke fasa akhir.

Riyadh perlu lalui fasa sukar kerana ketegangan geopolitik yang meningkat di antara Amerika Syarikat, China dan Rusia. Ketika ini, China dan Rusia mempunyai sedikit konflik bersama AS daripada pelbagai aspek.

Walaupun hubungan di antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat sangat kukuh, menyertai kumpulan itu mampu memberi kesan sampingan terhadap hubungan diplomatik bagi kedua-dua negara tersebut.

Pada Selasa lepas, Menteri Perdagangan Arab Saudi menyatakan bahawa mereka tidak menyertai BRICS dalam panel di Forum Ekonomi Dunia di Davos. Menurut jurucakap Kremlin Dmitry, Arab Saudi merupakan senjata penting dalam mengukuhkan kumpulan ekonomi itu.

Berdasarkan pendirian UAE, rakan anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) berkata bahawa mereka menerima jemputan kumpulan itu adalah demi kepentingan ekonomi bukannya politik semata-mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat