Arab Saudi & Rusia Setuju Teruskan Potongan Pengeluaran Minyak Mentah

336

Ahad lalu, Arab Saudi dan Rusia yang merupakan pengeluar minyak terbesar dunia bersetuju untuk meneruskan langkah pemotongan pengeluaran minyak sehingga akhir tahun ini disebabkan kebimbangan terhadap permintaan ekonomi yang terus membebani pasaran minyak mentah dunia.

Kedua-dua negara ini berkata pemotongan minyak mentah akan dikaji semula untuk mempertimbangkan berkenaan sama ada pengurangan dilanjutkan, mengurangkan lagi atau ditingkatkan pada bulan hadapan.

Arab Saudi mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan pemotongan minyak mentah sebanyak 1 juta tong sehari bermula pada Disember tahun ini, kata Kementerian Sumber Tenaga.

Katanya laginya, tindakan itu adalah untuk memperkukuhkan langkah berjaga-jaga yang dilakukan oleh negara-negara OPEC+ demi mendukung kestabilan dan keseimbangan pasaran minyak.

Susulan kenyataan itu, Rusia juga turut bersetuju untuk  mengurangkan pengeluaran sebanyak 300,000 tong minyak mentah dan petroleum sehingga hujung Disember ini.

Harga minyak mentah mencecah paras tertinggi pada September lalu sekitar $98, tetapi ia dilihat lemah di pasaran iaitu sekadar $85 setong disebabkan konflik timur tengah yang sedang berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat