Ark Invest Cedok $1.5 Juta Saham Firma Kewangan Ini Yang Umum Keluar Pasaran Kripto!

239

“Terbaiklah Cathie Wood, pantas ambil peluang untuk beli pelbagai saham.”

Ark Invest, firma pengurusan pelaburan diasaskan oleh Cathie Wood telah membeli $1.5 juta saham SoFi Technologies (SOFI) pada 29 November 2023 iaitu hari terakhir di mana mereka mengumumkan keluar daripada pasaran mata wang kripto.

Menerusi pemerhatian, Ark Invest membeli 200,275 saham SOFI bernilai $1.47 juta untuk Ark Fintech Innovation ETF (ARKF) semasa harga penutup SOFI berada pada $7.35 sesaham.

Diperjelaskan lebih lanjut, pembelian saham SOFI oleh Ark Invest tersebut telah berlaku semasa SOFI secara rasmi mengumumkan keputusannya untuk menamatkan perkhidmatan kripto selewat-lewatnya pada 19 Disember 2023.

Rentetan itu, SOFI mengarahkan para pelanggannya untuk memindahkan pegangan kripto mereka ke wallet aset digital dalam talian Blockchain.com.

Suka dimaklumkan bahawa Ark Invest telah membeli saham SOFI secara aktif sepanjang tahun susulan mereka berjaya mengaut lebih 1 juta SOFI bernilai $13 juta.

Saham SOFI telah menyaksikan sedikit turun naik pada tahun 2023 di mana ia melonjak $11.45 pada bulan Julai selepas memulakan tahun pada hanya $4.50, tetapi saham menurun secara beransur-ansur di bawah $7 pada pertengahan November.

Selain mengaut SOFI, Ark Invest yang turut membeli saham Robinhood (HOOD) telah memperoleh 221,759 HOOD pada 29 November 2023 setelah platform itu rancang mengembangkan perniagaannya ke United Kingdom (UK).

Semasa membeli SOFI dan HOOD, Ark Invest terus menjual 38,000 saham Coinbase (COIN) berjumlah hampir $5 juta daripada ARKF ETF pada dua hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat