AS Beri Amaran Buat China, Sokongan Ke Atas Rusia Bakal Jejaskan Eropah

1,175

Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken memberi amaran kepada China tentang sokongannya terhadap tentera Rusia semasa lawatan beliau ke negara itu pada minggu ini.

Blinken menyampaikan kebimbangan mendalam daripada pihak Washington terhadap bantuan China untuk pangkalan industri pertahanan Rusia pada hari Rabu minggu lepas.

Ulasnya lagi, Amerika Syarikat bersedia untuk mengambil langkah apabila ada pihak yang mencuba untuk menjejaskan keselamatan di Ukraine dan Eropah.

Ini akan menjadi lawatan kedua Blinken ke China selepas misi diplomatik penting dalam meredakan ketegangan AS-China yang berlarutan sejak Jun tahun lepas.

Semasa lawatannya ke Beijing dan Shanghai, Blinken dijangka bertemu pegawai kanan China termasuk Menteri Luar Wang Yi. Masih tidak jelas sama ada Setiausaha Negara AS itu akan bertemu Presiden China Xi Jinping.

Melihat ke arah topik utama, China sebelum ini mencetuskan ancaman kepada keselamatan Eropah apabila negara gergasi Asia itu dikhabarkan memberi sumbangan bantuan ketenteraan kepada pangkalan industri pertahanan Rusia.

AS melihat China berkongsi peralatan mesin, semikonduktor, barangan dwiguna lain yang telah membantu Rusia membina semula pangkalan industri pertahanan yang sebelum ini diboikot oleh negara-negara Eropah serta merendahkan kawalan eksport mereka.

Jika China menginginkan satu hubungan yang baik dengan Eropah dan negara-negara sekutunya, mereka sepatutnya tidak boleh terlibat dalam mencetuskan ancaman keselamatan benua itu sejak berakhirnya Perang Dingin.

Dari sudut perang dagangan pula, kedua-dua negara terus meningkatkan penguasaan dalam bidang teknologi dan China sebelum ini mengkritik penyiasatan AS ke atas industri maritim, logistik dan pembinaan kapal mereka.

Pegawai kanan A.S. menegaskan bahawa Washington realistik mengenai jangkaannya terhadap lawatan Blinken dalam menyelesaikan isu-isu utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat