AS Berjaya Kenal Pasti 7 Perisik Rusia!

427

‘Macam dalam filem AS berjaya patahkan penyeludupan senjata nuklear dari orang jahat.’

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) mendakwa 7 individu (5 warga Rusia dan 2 warga tempatan) disyaki terlibat dengan perolehan dan pengubahan wang haram bagi pihak kerajaan Moscow.

Turut difailkan bahawa individu-individu itu menyeludup teknologi ketenteraan termasuk peluru penembak tepat (sniper ammunition) dari firma AS, yang melanggar sekatan terhadap Rusia.

Selain itu, salah seorang warga Rusia itu dikatakan memegang portfolio pegawai Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB).

Terang Jabatan Kehakiman AS pula bahawa individu-individu itu membeli dan mengeksport barangan elektronik sensitif serta dikawal ketat secara tidak sah.

Ulasan lanjut mendapati teknologi yang ‘dicuri’ boleh digunakan dalam pembangunan senjata nuklear dan hipersonik atau pengkomputeran kuantum serta aplikasi ketenteraan lain.

Atas faktor itu Peguam Negara, Merrick Garland mengatakan bahawa AS tidak akan bertolak ansur dengan skim jenayah berkaitan dengan perang ketenteraan Rusia.

Buat masa ini 3 daripada 7 telah ditahan dan pihak AS dikatakan berjaya mematahkan apa yang disifatkan perolehan senjata peperangan dunia.

Setakat ini individu-individu yang didakwa dan kerajaan Rusia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap penyiasatan yang sedang dilakukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat