AS Dolar Kembali Bernafas, Sentimen Pasaran Masih Kekal Berisiko.

470

New Zealand Dolar hari ini bermula lemah lagi selepas data yang dikeluarkan oleh firma ANZ. Indeks keyakinan perniagaan ANZ merosot kepada -38 pada bulan Mac 2019 daripada -31 pada bulan sebelumnya dan lebih rendah berbanding jangkaan pasaran pada -24.

Matawang AS Dolar hari ini didagangkan sedikit kuat pada awal dagangan sesi Eropah berikutan permintaan terhadap matawang safe-haven selepas ekonomi global menunjukkan tanda-tanda kelemahan.

Menyentuh kepada Pound Sterling pula, GBP dilihat terus merosot dengan penurunan harga ditunjukkan berbanding matawang utama yang lain. Kedudukan Perdana Menteri Britain,

Theresa May semakin goyah selepas kegagalan beliau mendapatkan majoriti undian untuk “indicative vote” semalam di Parlimen. Ini membuatkan isu Brexit terus kekal buntu memberikan isyarat yang jelas terhadap hala tuju pengakhiran Brexit.

Antara data yang akan menjadi tumpuan pasaran pada malam ini adalah data pertumbuhan KDNK Amerika Syarikat yang dijadualkan keluar pada jam 8:30 pm di mana data ini bakal memberi impak yang besar kepada dasar monetari Federal Reserve.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat