AS Pula Perkenal Rang Undang-Undang Melibatkan Kripto

311

‘Harapnya cepatlah lulus undang-undang kripto ni, tapi mungkin banyak halangan untuk perkara ini berlaku.’

Dua orang Senator Amerika Syarikat (AS) telah merangka rang undang-undang (bil) berkaitan aset kripto dan memilih Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) sebagai pengawal selia.

Bil yang diperkenalkan oleh Senator Republikan, Cynthia Lummis dan Senator Demokratik, Kristen Gillibrand adalah sebahagian usaha untuk mengawal pasaran kripto yang semakin berkembang pengaruhnya.

Selain itu, ia juga bakal memberi kepastian serta penjelasan mengenai pasaran kripto dan perlindungan terhadap pengguna, terutamanya peraturan melibatkan stablecoin selepas kejadian TerraUSD (USTC).

Difahamkan pemilihan CFTC berbanding Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) adalah kerana ia lebih mesra kripto dan tidak terikat kepada pelbagai keperluan sekuriti.

Sungguh pun begitu, bil tersebut masih diperingkat awal dan tidak akan diperdebatkan dalam Kongres buat masa terdekat kerana terdapat pilihan raya pertengahan penggal dalam beberapa bulan mendatang.

Namun, ia telah menjadi titik tolak penting yang akan membawa perubahan kepada masa depan aset kripto, selain turut menghubungkan dua parti (biparti) berbeza dalam Kongres di masa hadapan.

Dalam pada itu, tindakan terbaharu AS ini dilihat selari dengan keputusan kerajaan Jepun yang meluluskan bil perundangan bagi melindungi stablecoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat