Banzai! Jepun Luluskan Perundangan Stablecoin Untuk Lindungi Pelabur

462

‘Terbela jugak nasib pemegang stablecoin selepas ni, tapi untuk orang Jepun jelah.’

Pelabur kripto yang ‘terciduk‘ seperti senario TerraUSD (USTC) boleh hembus nafas lega apabila Jepun telah meluluskan bil perundangan yang akan melindungi stablecoin.

Difahamkan bahawa Jepun menjadi negara ekonomi utama pertama dunia yang memperkenalkan rangka kerja undang-undang stablecoin dan telah diluluskan pada 3 Jun.

Ulas agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun bahawa bil tersebut akan berkuat kuasa dalam masa setahun dan ia bakal perkenalkan peraturan pengawalan penerbitan dalam beberapa bulan mendatang.

Menurut bil tersebut, stablecoin yang berkait dengan Yen atau melalui tender sah lain akan diberi jaminan hak kepada pemegangnya untuk menebus pada nilai muka.

Dalam bahasa mudahnya stablecoin yang dikeluarkan bank berlesen, ejen pemindahan wang berdaftar dan syarikat amanah sahaja dilindungi oleh bil ini.

Sebarang stablecoin yang disokong aset sedia ada daripada pengeluar luar negara seperti Tether (USDT) atau seangkatan algoritmanya dikecualikan.

Suka untuk diingatkan bahawa pertukaran kripto di Jepun tidak menyenaraikan stablecoin.

Pada berita berasingan, Mitsubishi UFJ Trust and Banking Corp merancang untuk mengeluarkan stablecoin sendiri yang disokong penuh Yen, Progmat Coin, sebaik bil tersebut diwujudkan.

Umumnya, kejadian yang menimpa USTC baru-baru ini benar mengejutkan semua sehingga kerajaan-kerajaan dunia mula rancak merancang rangka kerja bagi melindungi stablecoin yang dikatakan aset selamat.

Ia juga secara tidak langsung menjadi pencetus kepada penurunan mata wang kripto apabila pelabur mulai menjual aset-aset mereka merentasi papan carta dagangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat