AS Sekat Firma China ‘Seksa” Uighur

1,201

Amerika Syarikat (AS) hari ini mengenakan sekatan terhadap sebuah firma China dan dua pegawai syarikat terbabit yang didakwa terlibat dalam isu pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Uighur di wilayah Xinjiang.

Tindakan itu diumumkan oleh Jabatan Perbendaharaan AS menerusi kenyataan dikeluarkan.

Menurut kenyataan Jabatan Perbendaharaan, syarikat terbabit iaitu Xinjiang Production and Construction Corps (XPCC) dikenal pasti sebagai organisasi separa tentera di wilayah Xinjiang serta merupakan subordinat kepada Parti Komunis China.

Syarikat berkenaan didakwa memperluaskan pengaruh secara dalaman di wilayah itu dengan mengembangkan pertumbuhan ekonomi mengikut visi kerajaan China.

Segala aset syarikat itu yang berada di AS dibekukan dan rakyat Amerika dilarang untuk berurusan dengan mereka.

Tindakan itu hadir selepas Washington mengenakan sekatan terhadap Setiausaha Parti Komunis Xinjiang, Chen Quanguo dan tiga pegawai yang lain pada tiga minggu lalu.

Langkah terbaharu ini dijangka mengeruhkan lagi keadaan yang meruncing antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat