Aset Digital Kewangan Rusia Sama Taraf Dengan Emas!

161

“Harap-harap menjadi la pembaharuan Rusia ni, takut terkubur je”

Bank terbesar Rusia, Sber yang sebelum ini dikenali sebagai Sberbank berpandangan bahawa aset kewangan digital (DFA) disokong emas merupakan salah satu pelaburan terbaik semasa dedollarization*.

*Prosedur menghentikan penggunaan dolar AS sebagai mata wang perantaraan dalam transaksi dagangan sesebuah negara.

Malah Alexander Vedyakhin, Timbalan pengerusi pertama Lembaga Eksekutif di Sber turut menyokong pendapat berikut selepas Rusia dikenakan sekatan kewangan antarabangsa berikutan pencerobohan ke atas Ukraine.

Difahamkan bahawa penjual dan pengilang logam, Solfer merupakan pelabur pertama yang telah memiliki aset digital tersebut, di mana harga dan volumnya bersandarkan pada harga emas.

Bank itu dilaporkan bakal membekalkan sebanyak 150,000 DFA kepada para pelabur yang berhasrat membelinya, namun perlu diingatkan aset digital tersebut hanya akan tersedia sehingga tarikh penutupannya pada 30 Julai 2023.

Sungguhpun undang-undang berkaitan DFA dikuatkuasakan pada tahun 2020, Presiden Rusia Vladimir Putin bertindak menandatangani rang undang-undang pada Julai 2022 untuk mengharamkan pembayaran melalui aset digital kewangan.

Sementara itu, anak syarikat bank Rusia, VTB factoring turut membuat perjanjian utamanya dengan aset kewangan digital pada bulan Jun.

Manakala Sber mengeluarkan aset tiga bulan bernilai 1 bilion ruble pada 14.5 juta semasa menguji perjanjian pertamanya mengenai DFA pada bulan Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat