Asia Paling Ramai Orang Kaya, Lebih 950 Billionaire!

243

Percaya atau tidak, Asia mempunyai jutawan paling ramai di dunia walaupun 10 senarai teratas orang terkaya global dikuasai orang Amerika.

Senarai Forbes Real-Time Billionaires menunjukkan jumlah individu terkaya di Asia mengatasi semua benua lain dengan 951 jutawan, sementara Amerika Utara mempunyai 777 dan Eropah pula 536.

Relatifnya, gambaran tersebut sedikit berbeza memandangkan Asia mempunyai 60% daripada populasi dunia, berbanding hanya lebih 4% di Amerika dan kurang 10% di Eropah.

Selain itu, senarai tersebut juga menunjukkan analisis aset yang dimiliki oleh lebih 2,400 orang di semua benua, di mana Amerika mendahului dengan $4.7 trilion, diikuti $3.5 trilion di Asia dan $2.4 trilion pula di Eropah.

Mengikut negara, Amerika Syarikat berada di kedudukan pertama dengan 719 jutawan yang disusuli China dengan 440 dan India 61.

Walaupun kebanyakan daripada 10 orang terkaya di dunia adalah usahawan dan ahli perniagaan AS, namun data mengesahkan bahawa orang Asia sedang mendaki ke puncak kekayaan global.

Malah, baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kemunculan ahli perniagaan India Gautam Adani yang menjadi orang Asia pertama menempatkan kedudukan di tempat kedua di belakang pengasas Tesla Elon Musk dalam carta jutawan global.

Pengerusi Adani Group yang menguruskan pelabuhan dan lombong serta sumber perdagangan itu kini berlegar di sekitar slot keempat menurut Bloomberg dan Forbes yang indeksnya mencerminkan turun naik harian dalam nilai saham yang dipegang.

Negara-negara membangun kini menghasilkan lebih ramai jutawan berbanding Eropah dan Amerika kerana kemajuan dalam teknologi komunikasi dan globalisasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat