Astro Bakal Capai Untung Lebih Tinggi

458

Firma penyelidikan Kenangan Investment Bank Research dan MIDF Research menjangkakan perolehan keuntungan yang lebih baik bagi Astro Malaysia Holdings Bhd pada separuh kedua tahun kewangan 2021 susulan pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut penganalisis Kenangan Investment Bank Research, Clement Chua,  penambahan  kandungan rancangan berbentuk tempatan  dan acara antarabangsa secara langsung bakal menyaksikan Astro kembali stabil.

“Susulan kelonggaran PKP, kumpulan itu mahu menghidupkan semula strategi untuk menarik para pelanggannya dengan meneruskan kandungan rancangan tempatan. Ditambah dengan peningkatan penggunaan Ultrabox yang telah dipasang oleh 100,000 pelanggan, Astro berada pada kedudukan terbaik untuk menerapkan pengalaman baharu kepada pengguna dan mempromosikan penggunakan video-on-demand.

“Penyiaran semula acara sukan dan antarabangsa seperti Liga Perdana Inggeris akan sekali lagi membuat para penonton kekal melanggan Astro. Dalam pada masa yang sama, NJOI dilihat semakin giat memperkenalkan lebih banyak pek prabayarnya untuk memperoleh lebih ramai penonton yang mementingkan bajet rendah,” kata Chua menerusi notanya.

Sebelum ini, Astro mencatat kenaikan keuntungan bersih sebanyak 81% kepada RM133.65 juta pada separuh pertama 2021, disebabkan oleh kos kandungan yang lebih rendah dan penurunan permintaan, diimbangi oleh kos barangan cenderamata yang tinggi sebagai peratusan pendapatan.

Selain itu, pendapatan suku tahunan juga meningkat sebanyak 3.62% kepada RM1.09 bilion berbanding RM1.05 bilion yang dicatatkan pada suku sebelumnya disebabkan oleh peningkatan jualan cenderamata dan diimbangi oleh penurunan pendapatan iklan.

Kenanga mengekalkan unjuran ‘berprestasi tinggi’ dengan harga sasaran (TP) sebanyak 83 sen. Jelas Kenanga, TP Astro ditentukan menerusi Price-Earning-Ratio (PER) yang tidak berubah sebanyak sembilan kali.

Sementara itu, MIDF mengubah unjuran Astro kepada ‘beli’ daripada ‘neutral’ selepas firma tersebut menjangkakan pendapatan Astro akan pulih sejak Jun lalu. Firma itu juga  menyatakan telah meneliti semula dan menilai TP Astro kepada 96 sen per saham daripada 86 sen sebelum ini.

“Di samping itu, kami memuji Astro atas tindakan pantasnya menyesuaikan diri dengan norma baharu seperti pelancaran e-bazar Ramadhan, penawaran produk kesihatan dan kesejahteraan yang lebih meluas serta tayangan perdana filem di platform mereka,” kata MIDF menerusi notanya.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat