Asyik-Asyik Kena Scam Je, Hodler Bored Ape Yacht Club Ok Ke Tu?

189

Mangsa kecurian terbaru aset koleksi digital Bored Ape berjumlah $116,000 berjaya didedahkan oleh pakar kripto ZachXBT di Twitter pada Sabtu lalu.

Menurut ZachXBT, non-fungible token (NFT) Bored Ape dijual dengan pantas sejurus selepas pencuri melakukan pertukaran cross-chain pada RenBridge.

Sesungguhnya, penggunaan cross-chain bridge merupakan salah satu pendekatan utamanya untuk mengelirukan transaksi mata wang kripto.

Buktinya, RenBridge telah ‘mencuci’ $540 juta aset kripto yang berpunca daripada kecurian, penipuan, perisian tebusan dan pelbagai jenis aktiviti jenayah yang lain.

Sementara kecurian Bored Ape terkini mencatat rekod kehilangan terpantas dalam pasaran NFT di mana Ogos merupakan bulan yang paling banyak memberikan kesan buruk kepada NFT Bored Ape disebabkan insiden kecurian.

Steven Galanis melaporkan kehilangan Bored Ape serta aset lain dalam eksploitasi Apple ID miliknya pada 7 Ogos. Kemudian, kecurian tersebut dikaitkan dengan akaun Binance ketika pencuri cuba mengeluarkan wang.

Selain itu, penipuan lain yang pernah terjadi adalah pemilik Bored Ape memindahkan NFT kepada pencuri melalui NFT Trader dan menerima 26,500 Ape Coins palsu sebagai balasan.

Sementara itu, data menunjukkan harga lantai NFT Bored Ape Yacht Club jatuh bawah $100,000 buat kali pertama sejak Ogos 2021 disebabkan pasaran mata wang kripto yang semakin merosot.

Walaupun begitu, pembelian NFT semakin meningkat kerana ramai pelabur berebut-rebut membeli NFT pada kos yang lebih rendah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat