Asyik-Asyik Kena Hack! Adakah Teknologi Kripto Tak Selamat?

315

Menurut laporan CNBC, penjenayah menggunakan jambatan rantaian RenBridge iaitu aplikasi terdesentralisasi (dApp) yang membolehkan individu menghasilkan BTC, ZEC dan BCH sebenar pada Ethereum dalam aktiviti pengubahan wang haram lebih daripada $540 juta sejak 2020, dalam jenayah berkaitan mata wang kripto.

Ini termasuklah $153 juta dalam pembayaran ransomware. Maksudnya, penggodam memanfaatkan RenBridge dengan menceroboh rangkaian korporat serta memaksa syarikat membayar dalam mata wang kripto untuk mendapatkan kembali data mereka.

Menurut Elliptic, platform cross-bridge RenBridge telah menjadi fasilator terpenting dalam platform perisian tebusan yang dikaitkan dengan Rusia.

Selain itu, jambatan cross-chain ini boleh didefininasikan sebagai rahmat atau kutukan, ujar naib presiden dasar dan hal ehwal kawal selia Elliptic, David Carlisle.

Beliau juga menyatakan bahawa jambatan ini dapat meluaskan pasaran dengan menawarkan platform lain untuk berurus niaga serta penting bagi pembangunan DeFi.

Oleh itu, RenBridge merupakan destinasi popular bagi penjenayah mata wang kripto untuk ‘mencuci’ aset kripto melalui tindakan penipuan, kecurian, perisian tebusan dan aktiviti jenayah lain. Tambahan pula, aset kripto yang dicuci oleh RenBridge berkemungkinan dicuri oleh Korea Utara.

Carlislie yakin pengawal selia akan membanteras jambatan kripto dalam tempoh 12 bulan akan datang. Khabar menyatakan, Tornado Cash telah mengambil lebih daripada $7 juta sejak 2019.

Persoalan utama yang ditekankan adakah jabatan tersebut tertakluk kepada peraturan disebabkan tindakannya seperti pertukaran kripto yang sudah dikawal selia.

Elliptic juga menyatakan lebih daripada $267 juta telah dicuri daripada pertukaran dan perkhidmatan DeFi melalui RenBridge sejak 2 tahun lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat