AUD dan NZD Mencatat Momentum yang Lebih Kukuh Dalam Sesi Eropah

50

Dollar Australia dan New Zealand bergerak lebih tinggi berbanding matawang yang lain dalam sesi Eropah pada rabu kerana kebimbangan politik yang terus mempengaruhi sentimen terhadap matawang US Dollar.

AUD/USD melonjak sebanyak 0.13 peratus kepada 0.7435.

US Dollar menjunam mendadak sebaik tersebarnya laporan mengenai tindakan Trump dalam berkongsi maklumat perisikan yang agak sensitif dengan Menteri Luar Russia dalam mesyuarat yang dijalankan pada minggu lepas.

Matawang gergasi mula menjunam sejak Trump meminta Pengarah FBI untuk melepaskan jawatan beliau sebelum ini.

Dalam sesi ini juga, NZD/USD meningkat sebanyak 0.15 peratus untuk didagang pada 0.6923 iaitu paras tertinggi sejak 11 Mei.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain juga merosot sebanyak 0.31 peratus kepada 97.80 iaitu paras terendah sejak November tahun lepas.

Sesiapa Sahaja Yang Menggantikan Tempat Kuroda Bakal Berdepan Kesukaran : Reuters

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat